Hadiah terindah.
Tuesday, 24 September 2013 • 02:08 • 0 comments


Untuk 4 tahun yang terhadiahkan,
disegenap pelosok,
dicelah kesesakan orang lain,
dari ceruk apapun,
kau tetap satu.

Satu satunya hadiah,
hadiah dari Allah,
sebaik baik kurniaanNya.

Tak apa jika kau tiada,
tiada disisi,
untuk menemani lagi.

Tetapi engkau tetap ku dakap,
dakap erat di hati.

Aku masih belum hilang kau,
walau kenyataannya kau sudah pergi,
untuk tidur dan dilindungi,
oleh kekasih abadi.

Jangan risau,
kita masih berhubung,
lewat pencipta,
yang cipta aku dan engkau di dunia,
begitu juga aku harap di syurga.

Kasih,
rindu dan cinta init,
tak pernah putus,
aku cuma biar ia bolos & tembus,
aku sentiasa kirim melalui Dia.

moga kau masih boleh lihat,
aku dari atas,
dan tahu betapa koyaknya aku,
untuk terima yang engkau,
melangkah pergi,
dari pandangan mata kasar,
tapi tetap nyata di jiwa.

Ku mohon kau sentiasa,
dilindungi oleh Dia,
dan tahu bahawa aku rindu,
selamanya.

4 tahun terlalu singkat,
tapi cukuplah,
adanya memori kita yang sudah,
bagi aku cukup,
padat.

Aku janji,
jadi perempuan yang engkau,
pernah minta,
jadi aku boleh tenang,
tahu engkau bangga.

Walau kita dah tak bersama,
kau tetap selamat,
dalam hati aku,
sebahagian jiwa aku.

Kekal lihat aku dari sana,
supaya aku boleh terbang,
menghabiskan waktu aku pula,
yang tersisa.

Kau tetap abadi dalam mimpi,
nyata dan khayalan,
bersemadilah dengan tenang,
sayang,
selamanya.


NEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome

/>

Si perempuan angkasa & langit ungu. Untuk setiap kimia yang aku rasa, aku masih aku. Masih satu.
/

Chatting here ♥
Sweet 16

put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!