
SelagiMonday, 30 September 2013 • 03:25 • 0 comments
--Kita nak ke mana?
--Mana-mana. Janji ada awak. --Betul-betul la. --Betul-betul la ni. --Mengada. --Memang. --Selalu. --Hanya untuk satu. --Apa dia? --Awak.
Kau sukakan langit ungu. Aku juga begitu. Tapi aku hampir lupa apa warna langit petang itu. Atau mungkin tak ambil tahu. Langsung. Atau mungkin langit kelabu juga aku anggap ungu. Selagi kau ada dengan aku.
Dan kita hanya kekal dalam kereta. Di tepi jalan. Depan, bangunan. Belakang, kuil. Kiri kanan orang lalu lalang. Aku tak rasa lokasi tu romantik. Tapi cukup dan cukup untuk aku. Selagi kau ada dengan aku.
Bersembang perkara-perkara biasa dalam hidup masing-masing. Sesekali ada tutur kata rindu. Tersusun dan kadang berterabur, dalam Bahasa Kasih. Dalam nada sayang. Bercampur-aduk segalanya. Antara spontan dan kebetulan. Tak mengapa. Selagi kau ada dengan aku.
Dan kadang, hanya sunyi bisu. Keduanya. Kau dan aku. Yang berdansa di cuping cuma lagu. Yang kita ulangkan seberapa banyak yang mahu. Lagu yang aku suka, dan yang kau tahu. Atau mungkin sebaliknya. Aku tak kisah. Selagi kau ada dengan aku.
Dan kebiasaannya, satu dua jam akan habis begitu. Kalau boleh, mahu satu dua tahun. Atau sepuluh kurun? Singkat atau tidak, sumpah aku tak ambil peduli. Langsung. Dan kau tahu kenapa dan mengapa. Selagi kau ada dengan aku.
Sampai masa, untuk kau pergi, untuk aku berlalu, kau dengan kerja kau, aku dengan hidup aku. Aku tetap tenang sebagai aku. Dan aku mahu kau juga begitu. Jangan risau sayang. Selagi kau ada dengan aku. Dan selagi kau ada dengan aku. Walaupun bukan dalam realiti seperti selalu, kau masih dengan aku. Di situ. Dalam hati aku.
/d
Sumber : Riduanadullah.blogspot.com
|
This owner ♥
Thank for coming
WelcomeChatting here ♥
Sweet 16
Awesome people ♥
Thank for following me
Credits ♥
Don't ever remove the credit
Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Your Name Remember!!dont remove this section!! |